NILAI, 21 Januari 2016 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah menganjurkan Seminar PRAGMATIS USIM 2015 yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai pengurusan dan profesional mengenai cara penyediaan kertas kerja bercorak analitikal dan ilmiah di samping menjadi medan untuk perkongsian amalan pengurusan yang terbaik di kalangan pegawai pengurusan dan profesional.
Seminar ini telah diadakan pada 21 Januari 2016 bertempat di Dewan Senat, Aras 3 Bangunan Canselori dan kertas kerja dibentangkan oleh ahli PRAGMATIS yang berkongsikan pengalaman terbaik dalam pengurusan di universiti yang boleh dimanfaatkan oleh semua pegawai di USIM.