PRAGMATIS BERI PENGIKTIRAFAN SETIA BAKTI KEPADA AHLI PERSATUAN

NILAI, 13 Januari 2017 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM menganjurkan Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Bakti Setia PRAGMATIS 2016 bertempat di Bilik Jamuan VIP, Aras 2, Dewan Tuanku Canselor USIM. Majlis ini memberi penghargaan kepada staf USIM dalam kalangan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional yang telah berkhidmat di USIM bagi tempoh yang lama sama ada lantikan tetap mahupun kontrak.