NILAI, 26 Julai 2022 – Biro Pembangunan Ekonomi PRAGMATIS telah membentangkan kertas cadangan untuk pejanan pendapatan PRAGMATIS bagi Sesi 2021/2023 dengan jualan tshirt PRAGMATIS dan program-program kursus jangka pendek. Perbincangan tersebut telah diadakan pada 26 Julai 2022 di Bilik Perbincangan PLMJI & SCIROSH, Aras 3, Bangunan Canselori yang dipengerusikan oleh Presiden PRAGMATIS, Ketua dan Ahli Biro Pembangunan Ekonomi dan Penasihat Biro.