Sesi Diskusi Persediaan Bengkel Penulisan Buku Anekdot PRAGMATIS bersama dengan Penceramah

NILAI, 25 Julai 2022 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah mengadakan sesi diskusi secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams bagi persediaan untuk menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Anekdot PRAGMATIS yang akan diadakan pada 28 Julai 2022 nanti. Sesi ini dihadiri oleh Ketua Biro Media dan Penerbitan PRAGMATIS, Encik Mohd Saiful Abdul Samad, exco PRAGMATIS dan wakil Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS iaitu Naib Presiden, Setiausaha dan Penolong Setiausaha.

Turut hadir pada sesi diskusi ini adalah penceramah jemputan yang akan mengendalikan sesi penulisan anekdot iaitu Dr. Siti Suriani Othman, Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan juga merangkap Pengerusi USIM’s Writer Pool. Beliau berkongsikan pengalaman beliau dalam mengendalikan bengkel penulisan anekdot dan memberikan contoh-contoh penulisan anekdot yang berjaya diterbitkan di bawah sesi bimbingan beliau.

Sesi diskusi ini memberi gambaran kepada pihak PRAGMATIS berkaitan dengan hala tuju untuk menerbitkan buku anekdot ini yang mampu mengcungkil bakat-bakat baru dalam kalangan ahli PRAGMATIS untuk membuat penulisan anekdot yang lebih santai dan mampu menarik lebih ramai pembaca.

Pihak PRAGMATIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Suriani Othman di atas kesudian untuk menerima pelawaan PRAGMATIS untuk mengendalikan Bengkel Penulisan Buku Anekdot PRAGMATIS pada 28 Julai 2022. Semoga dengan penganjuran bengkel ini dapat menggilap bakat-bakat menulis dalam kalangan ahli PRAGMATIS agar semoga urusan pengendalian bengkel ini dapat berjalan dengan lancar, InsyaAllah.