Biro Jaringan Strategik dan Masyarakat Rancang untuk Program CSR dan Pengantarabangsaan ke Indonesia

NILAI, 14 Julai 2022 – Biro Jaringan Strategik dan Masyarakat telah mengadakan perbincangan bersama dengan Presiden PRAGMATIS dan exco tertinggi PRAGMATIS pada 14 Julai 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Perumahan Pelajar. Ketua Biro Jaringan Strategik dan Masyarakat, Encik Mohd Hazrul Fareeza Harun berkata beliau memilih Indonesia sebagai program tanggungjawab sosial PRAGMATIS USIM memandangkan PRAGMATIS mempunyai hubungan strategik dengan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Keberadaaan Encik Zulfadhli Hamzah di Jakarta Indonesia akan dimanfaatkan oleh Biro Jaringan Strategik dan Masyarakat untuk menyediakan pelbagai aktiviti menarik ahli PRAGMATIS untuk pergi ke negeri yang menggunakan bahasa serumpun Bahasa Melayu.