PRAGMATIS Rancang Usaha dengan PPUMS untuk Program CSR di Tenom, Sabah

KOTA KINABALU, 14 Julai 2022 – Persatuan Pentadbir Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan perbincangan pada 14 Julai 2022 menerusi platform Microsoft Teams bagi membincangkan program kerjasama Universiti Social Responsibility (USR) di Sabah. Turut hadir pada perbincangan ini adalah YBhg. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM dan disertai oleh Encik Mohd Salehudin Sukor, Presiden PRAGMATIS USIM, Encik No’man Datuk Ahmad, Presiden PPUMS dan exco-exco dari PP UMS serta PRAGMATIS USIM.