Exco PRAGMATIS USIM dilantik sebagai Education Attaché di Jakarta, Indonesia

SEPANG, 13 Julai 2022 – Ketua Biro Jaringan Strategik dan Masyarakat, Encik Zulfadhli Hamzah dilantik sebagai Education Atase di Jakarta Indonesia dan PRAGMATIS USIM telah menyantuni beliau dengan menghantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada 13 Julai 2022 sebelum pelepasan beliau ke Jakarta. Turut hadir bersama dengan sesi ini adalah Encik Mohd Salehudin Sukor, Presiden PRAGMATIS bersama-sama dengan ahli PRAGMATIS yang lain bagi meraikan keberangkatan pergi Encik Zulfadhli Hamzah ke Jakarta. Seluruh warga PRAGMATIS mendoakan semoga urusan beliau dipermudahkan dan semoga dengan posisi beliau di Jakarta dapat meningkatkan lagi hubungan antara PRAGMATIS dengan Indonesia.