Biro Media dan Penerbitan Rancang Usaha Untuk Penerbitan Buku Anekdot PRAGMATIS

NILAI, 12 Julai 2022 – Presiden PRAGMATIS telah mengadakan perbincangan dengan Biro Media dan Penerbitan PRAGMATIS bagi menyenaraikan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dianjurkan oleh PRAGMATIS untuk ahli-ahli serta pihak luar. Biro Media dan Penerbitan diketuai oleh Encik Mohd Saiful Abdul Samad dengan ahli-ahli iaitu Puan Wahida Haji Abas, Encik Mohd Nasir Abdul Halim dan Puan Syazlyna Jamil.