PRAGMATIS USIM Sumbang Tenaga Untuk Program Ibadah Korban USIM Tahun 2022/1444

NILAI, 12 Julai 2022 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) telah bekerjasama dengan Pusat Islam USIM sebagai sukarelawan PRAGMATIS untuk program penyembelihan ibadah korban USIM tahun 2022. Program ini dilaksanakan di Kompleks Islam Tunku Muhriz dan ahli PRAGMATIS USIM telah menyumbangkan hampir dua (2) ekor lembu untuk menunaikan ibadah yang dituntut dalam agama Islam.