Exco PRAGMATIS Terbang ke Kota Kinabalu Sabah Untuk Mesyuarat Eksekutif MASTI

KOTA KINABALU, 10 Jun 2022 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM telah menghadiri Mesyuarat Eksekutif MASTI Kali ke-39 Bilangan 2 Tahun 2022 bertempat di Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden MASTI dan dihadiri oleh perwakilan daripada Persatuan-persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Awam.