PRAGMATIS sertai program CSR VCORE di Rumah Putra Harapan Ranau Sabah

RANAU, 11 Jun 2022 – Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) telah menganjurkan program Volunteerism and Corporate Social Responsibility kali ke-5 (VCORE V) bertempat di Rumah Putra Harapan (RPH) Ranau, Sabah pada 11 Jun 2022.

Program ini disertai oleh perwakilan daripada Persatuan-persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Awam dan merupakan program tahunan anjuran MASTI sebagai satu tanggung jawab sosial MASTI terhadap masyarakat setempat khususnya kepada golongan yang memerlukan.