PRAGMATIS dan KUSIMA Berganding Bahu Untuk Usaha Perjuangan Laluan Kerjaya Staf

NILAI, 24 Jun 2022 – Kesatuan Kakitangan Pelaksana Universiti Sains Islam Malaysia (KUSIMA) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM, YBrs. Encik Mohd Salehudin Sukor pada 24 Jun 2022 bertempat di Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), USIM.

Lawatan daripada KUSIMA dihadiri oleh Presiden KUSIMA iaitu Encik Nurul Hisam Yahya bersama Encik Yusri Shamsudin selaku Timbalan Presiden KUSIMA. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan berkaitan dengan halatuju kerjaya staf serta wacana untuk memantapkan lagi agenda dalam persatuan/kesatuan di USIM agar lebih proaktif.