PRAGMATIS USIM sertai Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia Tahun 2022 anjuran MASTI

SKUDAI, 18 Ogos 2022 – PRAGMATIS USIM telah menyertai Konvensyen Pentadbir Universiit Awam Malaysia Tahun 2022 (KPUA2022) yang telah diadakan pada 18 Ogos 2022 bertempat di Pulai Springs Resort & Hotel, Johor Bahru. Konvensyen Pentadbir Universiti Awam merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) sebagai platform untuk semua Persatuan Pentadbir di Universiti Awam untuk mendapatkan perkongsian berkaitan dengan amalan terbaik dalam pengurusan universiti.

Konvensyen ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan beliau turut menyampaikan ucaptama beliau bertajuk Perkhidmatan Awam sebagai Game Changer For A Better Future: Perspektif Pentadbir Universiti. Pada hari tersebut juga menampilkan Ucaptama Kedua oleh YBhg. tan Sri Zarinah Anwar, Ketua Lembaga Pengarah Universiti Malaya dengan tajuk beliau adalah “Kecemerlangan Bakat Mencorak Masa Depan Universiti Yang Gemilang”.