Sesi Pertemuan PRAGMATIS bersama Timbalan Pendaftar Kanan dan Pegawai Jabatan Pendaftar

NILAI, 17 Ogos 2022 – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) USIM telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi pertemuan dengan Jabatan Pendaftar pada 17 Ogos 2022 bagi membincangkan hal berkaitan dengan hala tuju pentadbir. Sesi pertemuan ini dihadiri oleh PRAGMATIS yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Salehudin Sukor, Presiden PRAGMATIS bersama dengan barisan exco PRAGMATIS. Manakala di pihak Jabatan Pendaftar diwakili oleh Encik Nasrul Hakim Ahmad, Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar serta pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan daripada Bahagian Governan dan Pentadbiran.

Dalam perbincangan ini, Presiden PRAGMATIS turut menyuarakan keperluan penjagaan aspek-aspek kesejahteraan ahli yang perlu diberi perhatian dan kerjasama daripada Jabatan Pendaftar seperti perancangan program team-building dalam kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, isu perjawataan di pusat tanggung jawab. Selain daripada itu, pihak Jabatan Pendaftar turut berkongsikan pelaksanaan sedia ada dan dalam perancangan untuk dibangunkan seperti polisi berkaitan tadbir urus baik pengurusan universiti.

Sesi tersebut berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan ucapan terima kasih dan penghargaan oleh PRAGMATIS kepada Jabatan Pendaftar di atas kesudian untuk mengadakan pertemuan ini dan semoga urusan yang dibincangkan dipermudahkan untuk dilaksanakan kelak.